JellyPages.com

Menunggu dan menunggu....


:: Dengan lafaz Bismillah saya a.k.a cik sha dengan rasminya akan ke Bangkok juaaaaa....alhamdulillah dengan rezeki yang Engkau berikan kepada kami ::


Yeayyy....finally cik sha dah beli tiket flight dan booked hotel through Agoda selepas beberapa minggu dok survey dan survey....kunun2 nak beli masa Matta Fair laaa dan akhirnya lepas Matta Fair jugak dibelinya...huhuh...Nampaknya semua hotel yg cik sha recommend kan pd entry sebelum nie terpaksa laa dibatalkan ekkk....


Talking about Matta Fair, nie cik sha nak citer sikit...memula kita org ingatkan Matta fair nie leh laa dpt murah..Then kita org sampai jerr kat PWTC tuh terus kita org pegi Hall 2 dan terus que kat kaunter MAS. Nasib kita org baik sebab que tuh tak panjang dan selepas kita org, beratur teramat laaa panjangnyerrr....So tibalah turn kita org. Rupernya kalau kita beli tiket kat situ dia charge servis kat kita. Kalau beli online takde service charge tuh. Dan utk pengetahuan, seorang passenger dia charge RM120. Bayangkan kalau 2 org...baikkkk beli online...huhuh...


Hotel pun dah booked....Mercure Bangkok Siam Hotel. Kat bawah nie cik sha attach gambar hotel nie...Mengikut gambar nie BTS National Stadium hanya sebelah hotel jerrr dan MBK walking distance jerr....




Nie pulak guest room dia....


So skrg nie tengah nak buat itinery apa yg nak dibuat....

Persediaan Travelling Trip - BANGKOK

Pekabar visitor cik sha hari nie? Harap semuanya baik-baik. Hari nie cik sha rasa mcm nak bahasakan diri cik sha laa sebab mcm rasa kiut...kiut lerrr sangatttt...uweekkk....

Okay let's start with the story above...cewahhh cakap omputih...Sebenarnya kan cik sha ngan husband cik sha  planning nak ke Bangkok bulan Mei nie (cuti sekolah) tapi tak bawak anak-anak....hehehe. Sian dia org tapi as usual setiap kali kami gie 'honeyping' (honeyping = honeymoon + shopping) hahaha ayat baru, dia org akan menuntut perkara yg sama iaitu bawak dia orang naik kapatebang dan insyaAllah hujung tahun cuti sekolah kalau takde aral melintang patah Langkawi destinasinya....but they don't know yet. Macam last year kami ke Beijing dan dia org menuntut bawak dia org gie USS. Tapi hemmm kenapa yer cik sha tak masukkan trip ke USS dlm blog nie ekkk....akan diusahakan.

Berbalik kepada cerita Persediaan Travelling Trip kita pada kali ini, cik sha dah survey beberapa perkara yg utama iaitu flight, hotel, transport dan yg paling terutama adalah fulusssssssnyaaaa....hehehe. Saja jerr nak kongsi dgn korang apa yg cik sha dah survey semoga menjadi panduan pd cik sha and hubby sepanjang perjalanan kami ke sana nanti dan juga mungkin boleh jadikan panduan kepada sesiapa yg nak ke sana jugaaaa....

Cik sha dan hubby planning nak gie Bangkok on 24 - 28hb Mei nie. Kebetulan lak 24hb tuh kan cuti, jadi memudahkan trip kita org. So sabtu tuh leh laa cik sha and hubby pegi Chatuchak (the famous place for tourist).

Serba sedikit mengenai Bangkok nie kan, actually cik sha pernah duduk Bangkok suatu ketika dahulu walaupun bukan menetap sepenuh masa sebab parents cik sha yg duduk sana. Ayah cik sha dulu keje di Malaysian Embassy. Jadi cik sha tau laa serba sedikit mengenai jalan-jalan kat Bangkok tapi itu dulu tahun 97 tapi sekarang nie Bangkok dah pesat membangun. Jalan pun banyak dah berubah. Dengan bertambahnya MRT/BTS lagi memudahkan perjalanan cik sha. Okayyy....

PASSPORT

Benda nie kalau takde hemmmm alamat mmg tak leh gie obersee laaa yerrr.....So make sure passport tuh tak mati 6 bulan sebelum tarikh nak pegi. Kalau takkkkk....pak immigresen suruh korang gie renew. Tak terbang tiket....

DUIT a.k.a SHOPPING

....ada duit abg sayang...takde duit abg melayang.....hahahaha takde kena mengena dgn ini cerita yerrr. Duit nie kalau takde tak syioookkkk arrrr gie travel and shopping kannnn....Hari ahad lepas cik sha gie dating ngan hubby. Survey2 rate Thai Bhat skrg....so apa kata survey????....Rate skrg nie yg cik sha dpt yg paling rendah pun ThaiBhat 100 = RM10.60 tapi itu cik sha gie IOI Mall. Kalau tempat biasa yg cik sha tukar duit (Paradigm Mall & Mid valley) tak tau laa baper kan. Tapi pesan cik sha kalau boleh utk hotel biar settle awal2 supaya tak timbul masalah kewangan bila sampai sana. Cik sha ada baca dlm forum mengatakan bahawa ada sesetengah hotel tuh walaupun kita dah booked dan bayar online, dia org tetap minta deposit. Jadi stand-by jerr laaa duit lebih yerrr....nanti kang duit tinggal sikit nak shopping apa kannn...

FLIGHT

MAS : RM1,423.00
Air Asia : RM885.00

Cik sha dah buat comparison antara MAS dan Air Asia. Kedua2nya mmg ok tapi cik sha dan hubby lebih prefer MAS. Nak tau kenapa?

1. Nak ke KLIA senang. Tak perlu nak park kereta la, tak perlu ambik teksi la. Naik jerr ERL. Fare dia pun murah. Cuma RM35 naik KLIA Express. Tapi kami akan naik di KL Sentral sebab export budak-budak ke Keramat. Kalau naik AA lak kami kena ambik teksi. Memang ERL ada service utk ke LCCT tapi kami kena turun di station Salak Tinggi dan naik bas. Kan ker leceh.

2. Dari ruang pelepasan ke kapal terbang, kita hanya perlu melalui aerobridge jerr. Kalau AA kita kena berjalan kaki jauhhhh bangatttttt. Kalau mcm cik sha nie pakai heels camne???....nan hadoooo....banyak laa heels.

3. Harga tiket MAS dah siap include makan dan bagasi. Tak yah nak pening kepala bagai. Air Asia lak kita kena tambah kalau nak bagasi dan makan.

4. Bila sampai Bangkok nanti MAS akan landing di Suvarnabumi Airport. Dari airport nie senang nak ke hotel. Naik BTS/MRT jerr. Air Asia akan landing kat Don Muang Airport dan dari airport kita kena ambik teksi seperti yg cik sha survey. Kalau org tuh tipu cik sha, cik sha pun tipu korang laa kan....

Moralnya MAS is far more comfort compare with Air Asia. Bukan kata Air Asia tak bagus sebab dulu masa cik sha tak cukup duit pun Air Asia jugak yg bawak cik sha gie travel. So i should say thanks to Air Asia which is everybody can fly. Tapi cuma satu jerr mengenai LCCT nie. Org terlalu ramai hinggakan ada yg tido kat kaki2 lima. Cepatlah air asia terminal yg baru nie cepat siap. Selesa sikit kan.

Notes:

Kalau nak naik MRT, turun jerr dari airport terus pegi basement (bawah tanah airport). Pastu naik lif atau escalator lepas keluar dari imigresen. Jgn terus keluar ke tempat teksi/jalanraya. Lepas tuh terus beli tiket bila sampai ke entrance keretapi bawah tanah.

Okay...dah jauh sangat dah cik sha melalut nieee...jgn boring yerrr.

HOTEL

Bab nie mesti korang teruja kan seperti mana cik sha teruja masa buat survey hotel-hotel nie. Kat sini cik sha senaraikan beberapa hotel berdasarkan daripada review forumer CARI.com dan Agoda.com. Perkara paling utama yg cik sha tekankan pencarian hotel adalah lokasi perlu berdekatan dengan BTS station sebab senang nak jalan-jalan dan cari makan.. Dan haruslah biliknya nyaman dan tilam yg empukkk...yerr laa kan lepas shopping2 mesti penat. Dapat katil empuk senang nak lelap.

PATHUMWAN PRINCESS HOTEL (RM366 / NIGHT - Non Refundable)
444, Phayathai Rd, Pathumwan, Siam

The hotel

Guest Room

Review :
1. Strategically located, adjacent to the popular MBK shopping and office complex, and within easy walking distance of the city's entertainment and classy shopping hub, visitors are amazed at the diversity of Siam Square, Siam Discovery, Siam Paragon and Central World Plaza.

2. Additionally, the hotel is linked to the BTS Skytrain for easy transport to other Bangkok attractions.

What's Nearby :
1. Siam Square (300 m)
2. Siam Discovery (400 m)
3. Siam BTS (sky train) Station (700 m)
4. Siam Paragon (800 m)
5. Central World Plaza (1.5 km)

NOVOTEL BANGKOK ON SIAM SQUARE HOTEL (RM232 / night Non-Refundable)
Siam Square Soi 6, Rama 1 Road, Pathumwan, Siam

Novotel Exterior

 Novotel Guest Room

1 min walk to Siam BTS Skytrain

Review :
1. Located in Siam Square, guests will find themselves in the center of one of Bangkok's best known shopping and entertainment districts, adjacent to the Siam Skytrain and close to the MRT subway.
Breakfast pulak ada halal corner yg sediakan roti nan dan rendang kambing... vegetarian corner pun ada.. so kami dapatla mengisi perut sebagai bekalan tenaga utk merayau shopping...  hotel ni dekat jugak dengan Siam Paragon. Tapi kat Siam Paragon ni macam kat The Gardens Mid Veli. Barang2 import lagi mahal berbanding KL... misalnya lipstik MAC kat sini rega 850B. Better beli kat KL.
Kalau nak ke MBK dan HRC pun jalan kaki je dari hotel.Tapi nak ke Pratunam dan Platinum kami naik tuk tuk.
What's Nearby :
1. Siam Paragon (0.1 km)
2. Siam Center (0.4 km)
3. MBK (0.4 km)
4. Central World (0.5 km)
5. Central Chidlom (0.5 km)
6. Siam Discovery (0.5 km)
7. Gaysorn Plaza (0.5 km)

BAIYOKE SKY HOTEL (RM204 / night Non-Refundable)
222, Rajprarop, Rajthevee, Pratunam, Bangkok

Baiyoke Sky Hotel

Guest Room

Shuttle bus service to MBK

5-min walk to Airport link Ratchaprop

Review :
1. The hotel is convenient to the largest fashion square in downtown Bangkok, and close to shopping centers and entertainment, with Central World, Gaysorn Plaza and the Peninsula within walking distance.

2. The airport-rail to Suvarnabumi Airport can be connected to at nearby Ratchaprop Station, 150 meter away - a hotel shuttle bus makes the trip every hour.




BANGKOK CITY HOTEL (fr RM97 / night)
Petchburi Road, Ratchathewi

Luar hotel (Agoda.com)

Salah satu bilik (mungkin superior kot) ... Agoda.com

Review :
1. Opposite Restaurant Mak Yah and Restaurant Faridah Fatornee (kena cross ikut jambatan)
2. Main road location. Area Pratunam. Nak ke Pratunam Market 1.5 km jerr.
3. Kalau ambik BTS, turun di Ratchathewi Station. Dari BTS tuh hanya 0.5km utk ke hotel.

Sini cik sha quote salah satu dari forummer CARI.com yg dah pegi Bangkok:
Bangkok City Hotel dekat dpn mak yah n faridah n masjid yg ada halal food tu..mmg tak kebulur dok hotel ni, kat hotel bekfes pun ada site halal n non-halal sbb mgr kat situ org penang..tp kami tak mkn pun..tak yakin. Swimming pool tkt 5 tak org pun kami je dok berenang..nak ke MBK kena naik cab sbb kami menapak reramai cam jauh jer...tp Pratunam,Platinum boleh jalan kaki ke depan jer..balik still naik cab dah letih soping...HRC kat Siam Square...lot kedai ni..byk choice baju HRC kat sini.

CENTARA GRAND AT CENTRAL WORLD HOTEL (RM460/night - Free Cancellation)
Rama 1 Road, Patumwan, Siam


Entrance Hotel

Night view from the sky

The room

Review :
1. Guests will enjoy the convenience of easy access to both Siam and Chidlom BTS stations via the skywalk, making it unnecessary to endure the city's chaotic traffic jams.
Good place to stay if you want to be near pratuman, MBK and Grand central shopping area. Hotel is still relatively new and rooms are big. Very accessible place. 

RESTORAN

Kalau takde restoran halal camne nak cari makan kan. Alhamdulillah Bangkok agak senang untuk mencari restoran halal. Start dari Silom sehinggalah ke Chatuchak amat senang nak cari. Disini cik sha senaraikan beberapa restoran halal untuk panduan kita bersama....

Restoran Hayati
Restoran ni dekat dengan masjid darul aman. Yang geramnya mula2 kami bagi nama dan alamat restoran tu kat pemandu tuk tuk.. dia kata restoran tu dah tutup dan offer nak bawa kami ke restoran lain. Kami bgtau yg ada kawan kami baru je pegi restoran tu bulan lepas... pastu pemandu tu kata restoran tu tutup sementara sebab owner dia pegi holiday ke oversea.. boleh pulak gitu. Alahai nak menipu jugak. Kitaorg terus blah cari tuk tuk lain dan bayar 60B utk ke Restoran tu yg memang beroperasi. Makan nasi, tomyam seafood, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar dan cendol utk 3 orang harga tak sampai 800B. Kira mcm murah la jugak.
Restoran Yana
jalan2 MBK and cari makan. luckily nampak bunting YANA RESTAURANT yg serve HALAL food. klau tak kebuloq kot kitorang.. huhu. makanan kat sini quite costly. mungkin sbb susah nak cari halal food kot.. total 2 org makan dalam 500 BHT.
Yana tuh bagi I tak best sgt. Better makan kat foodcourt MBK depan Yana tuh je. Ada 3 ke 4 stall halal.... 
Restoran Farida Fatornee & Restoran Mak Yah

Kedua-dua restoran nie selang beberapa pintu jerrr. Jadinya cik sha tak yah nak asing-asingkan citer laa yerr.
Bila sampai BTS ratchathewi tu, u cross ke seberang kat traffic light tak sebab kena seberang jalan. U akan nampak flyover. Farida dekat flyover tuh.
kat farida fatornee tu tak la murah sgt kalo nak compare ngan yana mbk tapi masakan dia lagi ok la for me.
 Restoran Farida Fatornee (credit to Owen81 - CARI.com)

Restoran Mak Yah (credit to Owen81 - CARI.com)

SHOPPING

Now it's shopping time!!!!!!!...yeayyyyy....mesti korang rasa sikit teruja kot kalau bab shopping nie....Okay kat sini cik sha listkan beberapa tempat shopping yg akan cik sha and hubby terjah nanti.

PAHURAT - BANGKOK LITTLE INDIA


Pahurat nie kalau nak pegi kena gie awal kalau tak nanti asyik kena langgar dgn org yg bawak barang pakai troli tuh....asyik2 "kotot...kotot" maknanya tumpang lalu....Kalau cik sha gie sini cik sha mmg aim nak beli Thai Silk kat Old Siam Plaza tuh. Pastuh nak beli lace sebab sini murahhhh....teringat dulu2 masa cik sha ngan mak cik sha gie sini, mak cik sha ckp org embassy sorang pun tak tau tempat nie sehinggalah mak cik sha yg explore dulu. Tapi itu duluuuu....

Mcm mana nak ke sini.....

The easiest way to get to Little India is to take the sky train to the Saphan Taksin station and, from there, a Chao Praya River boat from Saphan Taksin pier to Memorial Bridge pier (head north). From the pier, walk a few blocks along Tripetch Road until you hit Pahurat Road (Thanon Phahurat). Turn right and you're on the outskirts of Little India. From here, you'll see all manner of Indian shops and stalls stretching as far as the eye can see. 

Senang citer, ambik teksi jerrr lerrr.....hahahaha.

MBK MALL


Mcm mana nak ke sini.....

BTS Station : National Stadium

PLATINUM FASHION MALL (fashion heaven dgn harga borong)


Mcm mana nak ke sini.....

BTS Station : Chidlom Station

Walk towards direction of Central World Plaza but do not go in. You can easily get lost if you go into Central World Plaza. Walk on the roadside between Central World and Gaysorn. On the way near Central World, you will pass 2 shrine, of is for pray for Love. Also take note of the Big C that is opposite of Central World. Continue your journey for another 5 minute and you will cross the river. Once your cross it, turn left on the junction. Platinum Fashion Mall is near here. Or just get the taxi to avoid walking too much.

Ohhh....i love the last word "Or just get the taxi to avoid walking too much"....hahahaha....

SIAM PARAGON

Shopping complex nie lebih kurang mcm KLCC jerr....barang tarap2 branded butik jerr...


Mcm mana nak ke sini.....

BTS Station : Siam Station

Just get to Siam Station and when you get off, you can walk almost straight into the shopping mall from one of two entrances. Follow the exit signs from the skytrain which will point you in the right direction.

SIAM SQUARE


Mcm mana nak ke sini.....

Kalau dari MBK tuh just cross dia nyerr bridge jerr dah sampai Siam Square. Kalau dari Novotel Hotel, jalan kaki jerr. Sama jugak kalau dari Siam Paragon....semuanya leh access dgn jalan kaki.

BTS Station : Siam Station

CHATUCHAK Weekend Market

Wahhhh.....tempat nie yg paling bestt. Sebab tuh cik sha ambik flight hari Jumaat supaya kita org leh gie Chatuchak hari sabtu. FYI, Chatuchak hanya dibuka pada hari minggu sahaja yerr dan cik sha difahamkan bahawa Chatuchak dibuka seawal pukul 6am. Dinasihatkan pegi awal (tapi takde laa nak terpacak kat situ kul 6am) sebab pertamanya org tak berapa ramai dan keduanya tak panas sgt. So cik sha ngan hubby dah bajet tengahari kena keluar dari Chatuchak.


Mcm mana nak ke sini.....

BTS Station : Mo Chit Station

PANTIP IT PLAZA

Sini kalau sesiapa yg minat gajet2 tuh sesuweeiiiiii sangat laaa korang gie sini....tapi cik sha nie bukan peminat gajet. Hp pun cap ayam. Kamera hp pun dah pecah....huhuh...tapi takpe asalkan leh dengar suara org boleh laa kan....tapi mungkin agenda utk ke plaza nie akan dimasukkan sekiranya dah takde tempat lain dah nak gie....hehehe



Mcm mana nak ke sini.....

BTS Station : Chidlom Station

From BTS Chidlom, either hire a tuk-tuk / taxi or walk 10 minutes down Ratchadamri Road past Central World on your left, over the Saen Saeb canal and then left on Phetburi Road. Walk about 2 blocks, and Pantip Plaza should be on your left.

Okay...selainnya maybe cik sha ngan hubby nak explore Silom. Dulu2 masa cik sha duduk sana, ada Robinson ngan Central. Tapi mak cik sha ckp dua2 tuh dah takde....sama jugak ngan Samyan. Dulu Samyan tuh pasar dan kat situ juga lah cik sha belajar buat Yam Woon Seng. Tapi skrg dah jadi BTS Samyan. Mana laa makcik tuh niaga skrg....huhuh.

aduhhhh....dah tak larat lagi dah cik sha nak menaip. Ada lagi tempat yg nak pegi tapi tuh laa kalau keadaan dan masa mengizinkan cik sha ngan hubby nak gie Grand Palace, Wat Arun, naik bot kat Menam Chao Phraya....

Sampai sini jerr dulu catatan Persediaan Travelling Trip - BANGKOK cik sha.....sehingga kita ketemu lagi selepas cik sha balik dari Bangkok yerrr.....nanti bila kat sana, cik sha ambik gambar banyak2 bagi korang lagi teruja.....Bye-bye.....