JellyPages.com

Beijing Trip - Day 5

Hari nie kami balik Malaysia....yahooooo!!!!!!.....Lepas breakfast kita org rushing gie Hongqiao Market naik teksi sebab nak beli mainan anak. Sampai jerr kedai pun lum bukak lagi. Lepak2 jap kat situ. So beli Ben10 utk amer dan baby utk ameera.

 Nie dia barang-barang yg nak dibawa balik. Mula2 beli biru ngan purple tuh jerr...pastuh beli beg Samsonite yg tengah2 tuh sebab barang tak muat...

Hubby sedang buat urusan check-out hotel


Before balik ambik gambar lobi hotel dulu buat kenang-kenangan....Bila lagi nak dtg sini.

Dari hotel kami ambik teksi dan bila sampai airport kami kena tipu utk yg terakhir kali. Mujur duit ada lebih.



So, okay lah utk entri Beijing nie....semoga berjumpa lagi di next trip yerr....Bye bye BEIJING!!!!

Beijing Trip - Day 4

Good morning!!!!.....

Semalam tido bukan main lena lagi...penattt gilerr. So hari nie feel fresh and as usual breakfast order bilik nasi putih dan fresh orange makan with Brahim's. Today nyer plan aku nak gie Silk Market. Nak gie naik subway tak reti walaupun dah habis study subway nyerr....naik teksi lerr pengangkutan yg paling menyenangkan. Hubby said take care all the belongings. Oraittt sir....

So dlm kul 10am tuh aku turun tahan teksi. Mujur ada. Perjalanan ke Silk Market mengambil lebih kurang 30 minit plus dgn traffic jam nyerr. Sampai jerr kat situ ada sorang pompuan nie dia pakai compang camping mintak sedekah. Aku takut terus aku kata No dan masuk dlm building. Perghhhh aku ingat semuanya jual silk ghupernya idakkk....mcm2 ada. Just name it jerrr....

Credit to http://www.beijingimpression.cn

Dalam nie aku tak berani nak ambik2 gambar...almaklum jerr laa aku nie gie sengsorang. Mana laa tau kot ada gangster ker mafia ikut aku dari belakang naya aku tak dpt balik Malaysia. Silk Market nie lagi bertingkat-tingkat dari Hongqiao Market. Setiap floor ada jual t-shirt, trench coat, fabrik silk, handbag, kasut, toys dan banyak lagi laa....

Credit to Travelmuse.com

Credit to blog.chinatraveldepot.com

Credit to onestep4ward.com

 Credit to nytimes.com 

Mmg crazy laa kalau gie Silk Market nie. Nasib baik duit bawak tak banyak. So tahan jerr lerrr...Aku beli handbag yg imitate laa kan brand Salvatore Ferragamo sebab murah gilerrr...pastuh beli silk scarve yg empat segi tuh (as souvenir utk org2 kat Malaysia).

Dah habis berjalan dan bershopping...shopping lerr sangattt.....aku pun nak balik. Punya laa susah nak tahan teksi dari sini. Yg ada tuh dia pau gilerr tambang. Last2 ada sorang lelaki nie yg budiman, dia suruh aku tahan teksi kat belah tepi bangunan sebab situ teksi banyak turunkan penumpang. Alhamdulillah nasib baik ada dia dan aku pun selamat sampai laa ke hotel. Jam dah menunjukkan kul 4pm dan cepat2 aku sms hubby dah sampai bilik.

Lepas hubby habis keje dia, kita org plan nak gie buat tour. Mula2 kita org gie Temple of Heaven sebab jalan kaki jerr. Temple nie opposite Hongqiao Market. Aku tak ingat entrance fee masuk sini.

Mengikut sejarah temple nie, ianya dibina pada zaman dinasti Ming dan Qing dan menjadi tempat maharaja untuk berdoa kepada syurga (heaven) for a good harvest. Pada masa pemerintahan Maharaja Jiajing mereka bina tiga temple lagi iaitu Temple of Sun (timur), Temple of Earth (utara) dan Temple of Moon (barat). Temple of Heaven ini direnovate semula dibawah pemerintahan Maharaja Qianlong dimana ianya adalah yg terakhir renovation tuh dibuat dan kini Temple of Heaven disenaraikan sebagai salah satu "masterpiece of architecture dan landscape design" dibawah UNESCO World Heritage Site. Kalau nak tau lebih lanjut sila search di wikipedia ok....

Nie adalah Red Theatre sebelah hotel.



Nie dalam Hall of Prayer for Good Harvest

Berlatar belakangkan pemandangan Beijing



Hall of Prayer for Good Harvest


Phewwiiittt....

Yg nie aktiviti dia org waktu petang. Tak tau apa nama game nie tapi di mcm sepak takraw.

 Sukerrr....tai chi

Bila dah habis discover, kita org nak gie Bird Nest Stadium. Memula nak gie naik subway pastuh tak jadi sebab tak tau mcm mana nak naik. Bila tanya kaunter tiket dia tak reti ckp omputih. Bila ada org nak tolong dan dia ckp omputih kita org lak tak paham omputih dia. Last2 gie tahan teksi....hahahaha. Tak adventurous langsung. Alih2 sampai kat stadium tuh dah nak gelap sebab traffic jam. So nie lerr gambar2 sepanjang di stadium tuh.....







Water Cube

Mesti korang tertanya-tanya kan mana gambar Great Wall sebab kalau pegi Beijing tak sah kalau tak ke Great Wall. Hemmmmm.....kita org tak pegi sebab masa tak cukup. Hubby tak bagi pegi sorang2 atau ambik tour coz perjalanan ke Great Wall mengambil masa yg lama. So okay lah....

Nie nak citer bila kita org nak balik hotel. Memandangkan kita org nie gie sini bukan dgn travel agent maka it's really hard for us to find a taxi. Punya laa penat berjalan utk mencari subway, last2 kita org sampai di satu tempat yg busy ada shopping complex bagai. Kita org tak tau tempat apa nama dia tapi lastly kita org dpt tahan teksi. Kita org mintak teksi gie Hongqiao Market sebab nak beli toys utk anak sebab esok dah nak balik. Sampai kat Hongqiao Market dah malam dan kedai pun dah nak tutup. Hampa sungguh....nie semua gara2 traffic jam ngan tak jumpa subway. So dari Hongqiao market tuh kita org menapak jalan kaki balik hotel. Sebelum masuk hotel kita org singgah dulu restaurant nak dinner.

............. End of Day 4

Beijing Trip - Day 3

Masuk hari ke-3 dahhhhh.....cepat sungguh masa berlalu kan. Okay untuk hari ke-3 nie nothing much interesting laa...kecuali jeng jeng jeng....tunggguuuu......hehehe

Breakfast in the morning kita org just breakfast dlm bilik jerr sebab tak lalu nak gie restaurant dia laa. Kita org order nasi putih ngan orange juice. Naper nasi putih? Nak makan apa ngan nasi putih? Haaa tuu laaa gunanya Brahim's! Tak yah panaskan pun takpe sebab perut dah berkeroncong....makan jerrr lerrr kan.

Lepas makan hubby pegi meeting dan aku?....sambung Zzzzzz....hahaha. Apa lagi nak buat. Tapi aku nie bukan jenis tido siang. Tido pun tido-tido ayam. Tak leh jadi. Maka aku pun bersiap-siap utk gie shopping kat Hongqiao Market. Before that mestilah kena mintak izin suami kan. Nanti kang dia risau lak. Bila dia dah bagi green light maka bermulalah penapakan aku ke Hongqiao Market dengan berjalan kaki dan seperti biasa mulut tuh kumat kamit baca ayat seribu dinar. Itu jerr yg aku leh buat minta Allah lindungi aku dari malapetaka dan bencana. Mujur cuaca excellent. Panas mentari dan sejuk berangin. Tralalalalaa....

Sampai di Hongqiao market bermulalah explorasi aku. Rambang mata nengok handbeg yg fake branded (itu jerr yg termampu), kasut, trench coat dan mcm-mcm lagi laa. Tapi iman tetap kena kuat beb. Kalau tak kuat alamat tak leh lerr balik Malaysia.

Actually takde gambar sgt laa sebab terlalu asyik nengok barang. Lagi satu takut gak nak snap-snap gambar nie. Bukan apa takut nanti kena marah lak. Aku udah laa sorang-sorang. So gambar nie jerr laa yg ada.



Nie nama dia Fatimah. Dia leh ckp Melayu tau. Mmg kreziii nengok bedspread, table cloth, cushion cover...mcm-mcm ada utk hiasan rumah tapi kena kontrol...kad dia masih tersimpan rapi.

Oh ya. Kat sini (bukan kat Hongqiao market jerr), kalau nak bargain, bargain kaw-kaw nyerr sebab dia org mmg letak harga paling tinggi. Kita kena main tarik-tarik tali ngan dia org nie sebab kalau kita tak nak dan blah, dia akan panggil balik....tu yg seronok shopping kat sini....hehehehe. Pastuh peniaga-peniaga kat sini mmg respect org Malaysia. Sebab tu aku kalau nak ckp ngan dia org nie aku ckp melayu...ckp omputih tak paham. Tapi cakap melayu dia org paham lak...konpius aku.

Dah habis shopping, aku pun balik lerr ke hotel. Sampai bilik sms hubby ckp dah sampai bilik. Kul 5.30pm hubby habis meeting dan ajak gie makan kat restaurant semalam tuh sebab malam nie urusetia nak bawak peserta-peserta nie gie Tea House tengok show. So dalam kul 6.30pm semua berkumpul kat lobi naik bas. Aku nie segan gak laa sebab aku sorang jerr spouse yg ada...hehehe.


Dihadapan Laoshe Tea House. Disebelah aku tuh adalah bos hubby (tapi department lain) yg turut serta dlm meeting tuh...kecik jerr orgnya kan tapi bakal Jusa tu.


Kami disambut dengan alunan muzik yg dimainkan.


Antara kudap-kudapan yg dihidangkan. Hanya kuaci jerr yg kita org makan. Yg lain...hemmm. Dalam mangkuk kuning tuh adalah chinese tea. Masa nie lerr kita org diajar cara minum teh cina yg betul.

Tarian piring

Balik dari Tea House tuh kita org dibawa pusing-pusing bandar tapi kita org tak turun sebab pertamanya bas tak berhenti dan keduanya dah malam. Jadi ambik gambar jerr laa dlm bas. Sorry gambar tak jelas sebab kamera masa nie cap ayam. Next trip kamera baru DSLR....hehehe.

Tiananmen Tower

Nie dia signage workshop yg hubby attend

So okay....Sampai hotel dan terus Zzzzzzz.....Gud nite.

Beijing Trip - Day 2

Okay...

For the 2nd day, aku just duduk jerr dalam bilik sebab hubby gie meeting. Dia tak bagi aku jalan sorang-sorang sebab nie tempat orang. Hemmm...so kena laa tunggu dia habis meeting baru gie jalan.  Oh ya....hampir terlupa lak nak citer pasal makan. Hotel nie memula before fly, aku dah survey kat website halal china dan hotel nie tersenarai antara salah satu hotel yg mendapat pengiktirafan halal. Alih-alih bila kita org pegi restaurant dia, masyaAllah dia serve pork daaaaa..... So kita org just makan roti ngan hard boiled egg with jem. Minum kopi. Boleh laaa utk alas perut. Actually kita org mmg ada bawak maggi, Brahim's ngan beras ketupat Nona. Kunun-kunun nak masak dlm bilik. Sekali tuh rice cooker terlupa bawak lakkkk.....

Tengahari hubby ajak gie cari restaurant halal sebelah hotel sebab  ada peserta dari Nepal bagi tau. Jalan punya jalan akhirnya jumpa laa restaurant tuh (tak ingat laa nama dia). Hemmm....kalau ikut aku nyer tekak aku belasah jerr makan tapi hubby quite tak leh telan gak laa...hehehe. Balik hotel kita org singgah mart sebelah restaurant tuh. Beli laa roti. So hubby sambung laa semula meeting dia.....Kul 5pm dia bell bilik dan dia kata malam takde program...yeahoooooo!!!!! Gembira sesangat sebab leh gie jalan-jalan.


Mau pegi Wangfujing Street

Sekitar Wangfujing Street

Let me story to you about Wangfujing nie. Wangfujing nie adalah salah satu shopping street di Beijing yang hanya dibenarkan untuk pejalan kaki sahaja. No vehicles are allowed here. Dari hujung street ke hujung yg lagi satu, kita akan mengambil masa selama 30 minit berjalan sekiranya tak singgah ke dalam kedai-kedai tu. Di sepanjang jalan Wangfujing nie, just name it apa yg uols nak. Bak kata omputih you name it, Wangfujing's got it cuma kena got pitih...kalau tak dop pitih, tengok jerr lerrr....hehehe. Wangfujing street nie bermula dari Wangfujing Nankou (dimana terletaknya Oriental Plaza ngan Beijing Hotel). Kemudian menghala ke utara, uols akan pass-by Wangfujing Xinhua Bookstore, Beijing Department Store dan Beijing Foreign Language Bookstore sebelum berakhir di Sun Dong An Plaza. Okay selebihnya uols cari sendiri laa yerrr kat pakcik Google...

Berhadapan dengan one of the halal restaurant di Wangfujing Street

Night life at Wangfujing

Bila dah malam kita org pun nak balik ke hotel. Puas laa cari kat mana subway dia. Last-last ambik teksi. Masa nie laa teksi nak pau kita. Diletaknya harga yg out of mind tapi memandangkan dah gelap dan kita org pun takut gak sebab gaya dia org kat situ mostly mcm gangster. Dlm teksi tuh mulut aku kumat kamit baca ayat seribu dinar minta dijauhkan dari apa-apa halangan. Alhamdulillah takde apa-apa yg berlaku.

...... End of Day 2

Beijing Trip - Day 1

Okay...let's start the journey...

Trip kali nie kita pegi Beijing....Actually, pegi Beijing nie bukannya dirancang pun...secara kebetulan jerr hubby ada kursus di sana...so, apa lagi sambil menyelam minum lerr...Sejurus jerr hubby dpt tiket flight aku pun terus beli tiket MAS...

Sehari sebelum depart, kami awal2 dah export anak2 gie Keramat...amer (my eldest son) gie sekolah atuk dia htr...atuk terpaksa ulang alik KL-Putrajaya utk htr cucu gie sekolah...thank you bapak...Tarikh yg dinanti pun tiba...kul 3am dah bangun nak bersiap...flight kul 9am...jadi kami kena ada di airport at least 2 hrs before departure...bertolak dari rumah kul 6am...yg kelakornya (takde laa kelakar sgt punnn), call teksi utk pegi ke ERL dia org tak ambik tapi kalau ke KLIA dia org ambik...hambooiiiii demanding sebab masa nie laa dia org nak buat duit sebab charges ikut midnight rate...gituuu....

So, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa selama 6 jam...makan tido tengok movie...itu lerrr jerr yg boleh dibuat...then tetiba pilot pun announce landing time!!!!....



Hati nie dah teruja gilerrrrzzzzz bila nengok temperature kat luar tuh....-ve tuuuuu....teringat masa2 study dulu...meredah kesejukan nak gie kelas...so,masa yg ditunggu pun tiba bila pesawat kami merentasi China Great Wall atau Tembok Besar China....masa nie mmg aku terpegun dan kagum dgn keindahan ciptaan Allah s.w.t...


Sorry yerr gambar a bit blurrrrr...maklumlah camera cap ayam

Gambar nie adalah bukit bukau berhampiran Great Wall...ingatkan bukit bukau dia batu rupanya pokok2 yg dah luruh...maklum laa kan musim sejuk...

Sebelum landing, aku banyak kali say thank you to my hubby sebab bawak sekali gie Beijing...selalu aku tengok dlm drama jerr (Asmara Beijing & ngan drama apatah yg si Dynas berlakon kat Beijing tuh)...Bila dah landing, masa nak berjalan masuk dalam airport melalui penghubung dia tuh (apa ker nama benda alah tu), terasa kesejukannya...sebelum sampai ke kaunter imigresen tuh, sempat jugalah hubby beli sim kad sana nak call anak2...

Selesai urusan di imigresen dan kastam, kami pun keluarlah dari Beijing International Airport...mak aiiiii temperature walaupun matahari tegak atas kepala tapi sejuknya sampai ke tulang....sib baik dah asingkan winter coat kat hand luggage..tak yah susah2 nak punggah beg baju....kami ambik yellow cab nak ke Tiantan Hotel (kursus hubby berlangsung di hotel nie)...sebelum nie mmg tau ada train tapi kat tempat org kan pulak tuh baru sampai jadi langkah berjaga2 ambik teksi jerr laa...agak jem jugak laa jalan sebab kami sampai sekali dgn org balik kerja...dlm teksi hubby dah tertido tapi aku layan pemandangan kat luar...






Sampai hotel dah pukul 4.30pm...selesai urusan check-in masuk laa bilik...mak aiiiii bilik...ghupernya suite....sebenarnya hubby dah tersalah pilih bilik...dia ingat bilik deluxe tuh sempit...tapi takpe laaa...ibarat mcm honeymoon jerr...seperti biasa laa kan kalau dah namanya pompuan mesti nak ambik gambar bilik hotel...kenang kenangan...kalau tak takde lerr nak letak gambar bilik dlm blog nie...tul takkkk....


Abaikan org dlm cermin tuh...nyibukkk jerrr 

Aduhhh...teruk tulll org ambik gambar nie...bath tab pun nak ambik gambooo...layan jerr lerrr 

Nie lak ruang tamu bilik kami...

Nie pulak ruang study...pelik tul bilik kami nie...dibahagi2 ruang...penat tau nak cari hubby...cewaaahhhh

So, memandangkan cuaca kat luar tuh dah nak gelap, maka kami pun tak nak buang masa utk keluar jalan2...nasib baik aku dah buat nota before dtg Beijing nie...thanks to kawan2 di forum CARI...kebetulan hotel kami tuh walking distance jerr ke Hongqiao Market, aku decide nak jalan kaki jerr tapi hubby takut...takut sesat...so kami pun tahan laa teksi...kalau ikutkan mmg susah nak dpt teksi kat hotel nie sebab kebanyakkan laluan nie semua one-way...alhamdulillah kebetulan ada teksi nak turunkan org kat hotel tuh, maka kami pun naiklah teksi...tak sampai 5 min pun dah sampai....tapi okay jugaklah naik teksi sebab jimat masa...Hongqiao Market tutup kul 6pm...

Dalam Hongqiao Market tuh mmg org kata syurga org perempuan laaa...org lelaki pun sama jugak tapi hubby bukan jenis kaki shopping...dia layan bini dia jerr shopping...hehehe...first day takde apa laa sgt nak membeli cuma dapat sambar 2 handbeg jerr....satu brand Maple Tree dan satu lagi Salvatore Ferragamo...Made In China....hehehe...boleh laaa...Org kata kalau kat sini atau kat Silk Market wajib beli trench coat ngan snow boots tapi hubby tak bagi sebab nanti tak muat beg....huhuhuh....

Nie depan hotel nak gie jalan2 

Nie lak depan Hongqiao Market...takde gambar laa dlm Hongqiao market tuh...

So, memandangkan Hongqiao Market tuh dah nak tutup, kami pun takkan laa nak tido situ kan...nak balik ke hotel teksi tak nak ambik...jadinya jalan kaki jerr laa balik...alhamdulillah sepanjang berjalan kaki tuh takde laa insiden yg tak elok berlaku sebab masa tuh dah gelap gulita....sampai hotel bersihkan diri semua pastuh bummmmm....tidooo...kepenatan....tapi hubby tak tido mengadap keje dia....

End of day 1.....