JellyPages.com

Beijing Trip - Day 4

Good morning!!!!.....

Semalam tido bukan main lena lagi...penattt gilerr. So hari nie feel fresh and as usual breakfast order bilik nasi putih dan fresh orange makan with Brahim's. Today nyer plan aku nak gie Silk Market. Nak gie naik subway tak reti walaupun dah habis study subway nyerr....naik teksi lerr pengangkutan yg paling menyenangkan. Hubby said take care all the belongings. Oraittt sir....

So dlm kul 10am tuh aku turun tahan teksi. Mujur ada. Perjalanan ke Silk Market mengambil lebih kurang 30 minit plus dgn traffic jam nyerr. Sampai jerr kat situ ada sorang pompuan nie dia pakai compang camping mintak sedekah. Aku takut terus aku kata No dan masuk dlm building. Perghhhh aku ingat semuanya jual silk ghupernya idakkk....mcm2 ada. Just name it jerrr....

Credit to http://www.beijingimpression.cn

Dalam nie aku tak berani nak ambik2 gambar...almaklum jerr laa aku nie gie sengsorang. Mana laa tau kot ada gangster ker mafia ikut aku dari belakang naya aku tak dpt balik Malaysia. Silk Market nie lagi bertingkat-tingkat dari Hongqiao Market. Setiap floor ada jual t-shirt, trench coat, fabrik silk, handbag, kasut, toys dan banyak lagi laa....

Credit to Travelmuse.com

Credit to blog.chinatraveldepot.com

Credit to onestep4ward.com

 Credit to nytimes.com 

Mmg crazy laa kalau gie Silk Market nie. Nasib baik duit bawak tak banyak. So tahan jerr lerrr...Aku beli handbag yg imitate laa kan brand Salvatore Ferragamo sebab murah gilerrr...pastuh beli silk scarve yg empat segi tuh (as souvenir utk org2 kat Malaysia).

Dah habis berjalan dan bershopping...shopping lerr sangattt.....aku pun nak balik. Punya laa susah nak tahan teksi dari sini. Yg ada tuh dia pau gilerr tambang. Last2 ada sorang lelaki nie yg budiman, dia suruh aku tahan teksi kat belah tepi bangunan sebab situ teksi banyak turunkan penumpang. Alhamdulillah nasib baik ada dia dan aku pun selamat sampai laa ke hotel. Jam dah menunjukkan kul 4pm dan cepat2 aku sms hubby dah sampai bilik.

Lepas hubby habis keje dia, kita org plan nak gie buat tour. Mula2 kita org gie Temple of Heaven sebab jalan kaki jerr. Temple nie opposite Hongqiao Market. Aku tak ingat entrance fee masuk sini.

Mengikut sejarah temple nie, ianya dibina pada zaman dinasti Ming dan Qing dan menjadi tempat maharaja untuk berdoa kepada syurga (heaven) for a good harvest. Pada masa pemerintahan Maharaja Jiajing mereka bina tiga temple lagi iaitu Temple of Sun (timur), Temple of Earth (utara) dan Temple of Moon (barat). Temple of Heaven ini direnovate semula dibawah pemerintahan Maharaja Qianlong dimana ianya adalah yg terakhir renovation tuh dibuat dan kini Temple of Heaven disenaraikan sebagai salah satu "masterpiece of architecture dan landscape design" dibawah UNESCO World Heritage Site. Kalau nak tau lebih lanjut sila search di wikipedia ok....

Nie adalah Red Theatre sebelah hotel.



Nie dalam Hall of Prayer for Good Harvest

Berlatar belakangkan pemandangan Beijing



Hall of Prayer for Good Harvest


Phewwiiittt....

Yg nie aktiviti dia org waktu petang. Tak tau apa nama game nie tapi di mcm sepak takraw.

 Sukerrr....tai chi

Bila dah habis discover, kita org nak gie Bird Nest Stadium. Memula nak gie naik subway pastuh tak jadi sebab tak tau mcm mana nak naik. Bila tanya kaunter tiket dia tak reti ckp omputih. Bila ada org nak tolong dan dia ckp omputih kita org lak tak paham omputih dia. Last2 gie tahan teksi....hahahaha. Tak adventurous langsung. Alih2 sampai kat stadium tuh dah nak gelap sebab traffic jam. So nie lerr gambar2 sepanjang di stadium tuh.....







Water Cube

Mesti korang tertanya-tanya kan mana gambar Great Wall sebab kalau pegi Beijing tak sah kalau tak ke Great Wall. Hemmmmm.....kita org tak pegi sebab masa tak cukup. Hubby tak bagi pegi sorang2 atau ambik tour coz perjalanan ke Great Wall mengambil masa yg lama. So okay lah....

Nie nak citer bila kita org nak balik hotel. Memandangkan kita org nie gie sini bukan dgn travel agent maka it's really hard for us to find a taxi. Punya laa penat berjalan utk mencari subway, last2 kita org sampai di satu tempat yg busy ada shopping complex bagai. Kita org tak tau tempat apa nama dia tapi lastly kita org dpt tahan teksi. Kita org mintak teksi gie Hongqiao Market sebab nak beli toys utk anak sebab esok dah nak balik. Sampai kat Hongqiao Market dah malam dan kedai pun dah nak tutup. Hampa sungguh....nie semua gara2 traffic jam ngan tak jumpa subway. So dari Hongqiao market tuh kita org menapak jalan kaki balik hotel. Sebelum masuk hotel kita org singgah dulu restaurant nak dinner.

............. End of Day 4

No comments:

Post a Comment