JellyPages.com

Beijing Trip - Day 2

Okay...

For the 2nd day, aku just duduk jerr dalam bilik sebab hubby gie meeting. Dia tak bagi aku jalan sorang-sorang sebab nie tempat orang. Hemmm...so kena laa tunggu dia habis meeting baru gie jalan.  Oh ya....hampir terlupa lak nak citer pasal makan. Hotel nie memula before fly, aku dah survey kat website halal china dan hotel nie tersenarai antara salah satu hotel yg mendapat pengiktirafan halal. Alih-alih bila kita org pegi restaurant dia, masyaAllah dia serve pork daaaaa..... So kita org just makan roti ngan hard boiled egg with jem. Minum kopi. Boleh laaa utk alas perut. Actually kita org mmg ada bawak maggi, Brahim's ngan beras ketupat Nona. Kunun-kunun nak masak dlm bilik. Sekali tuh rice cooker terlupa bawak lakkkk.....

Tengahari hubby ajak gie cari restaurant halal sebelah hotel sebab  ada peserta dari Nepal bagi tau. Jalan punya jalan akhirnya jumpa laa restaurant tuh (tak ingat laa nama dia). Hemmm....kalau ikut aku nyer tekak aku belasah jerr makan tapi hubby quite tak leh telan gak laa...hehehe. Balik hotel kita org singgah mart sebelah restaurant tuh. Beli laa roti. So hubby sambung laa semula meeting dia.....Kul 5pm dia bell bilik dan dia kata malam takde program...yeahoooooo!!!!! Gembira sesangat sebab leh gie jalan-jalan.


Mau pegi Wangfujing Street

Sekitar Wangfujing Street

Let me story to you about Wangfujing nie. Wangfujing nie adalah salah satu shopping street di Beijing yang hanya dibenarkan untuk pejalan kaki sahaja. No vehicles are allowed here. Dari hujung street ke hujung yg lagi satu, kita akan mengambil masa selama 30 minit berjalan sekiranya tak singgah ke dalam kedai-kedai tu. Di sepanjang jalan Wangfujing nie, just name it apa yg uols nak. Bak kata omputih you name it, Wangfujing's got it cuma kena got pitih...kalau tak dop pitih, tengok jerr lerrr....hehehe. Wangfujing street nie bermula dari Wangfujing Nankou (dimana terletaknya Oriental Plaza ngan Beijing Hotel). Kemudian menghala ke utara, uols akan pass-by Wangfujing Xinhua Bookstore, Beijing Department Store dan Beijing Foreign Language Bookstore sebelum berakhir di Sun Dong An Plaza. Okay selebihnya uols cari sendiri laa yerrr kat pakcik Google...

Berhadapan dengan one of the halal restaurant di Wangfujing Street

Night life at Wangfujing

Bila dah malam kita org pun nak balik ke hotel. Puas laa cari kat mana subway dia. Last-last ambik teksi. Masa nie laa teksi nak pau kita. Diletaknya harga yg out of mind tapi memandangkan dah gelap dan kita org pun takut gak sebab gaya dia org kat situ mostly mcm gangster. Dlm teksi tuh mulut aku kumat kamit baca ayat seribu dinar minta dijauhkan dari apa-apa halangan. Alhamdulillah takde apa-apa yg berlaku.

...... End of Day 2

No comments:

Post a Comment